Freebies Land Malaysia

MyDeposit , Bantuan RM 30,000 atau 10% bagi memiliki rumah

Posted on by in with 0 Comments

MyDeposit

MyDeposit , Bantuan RM 30,000 atau 10% bagi memiliki rumah

Harga rumah di Malaysia semakin meningkat dengan peningkatan kos perbelanjaan rumah. Oleh itu, pemilikan rumah of Rakyat Malaysia terutama dari gologan berpendapatan rendah dan sederhana adalah amat susah.

MyDeposit adalah Skim Bantuan Pembiayaan Rumah pertama telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak bagi membantu mereka untuk memiliki rumah idaman pertama. Skim is disasarkan khususnya kepada gologan M40  ( berpendapatan sederhana bawah 40%). MyDeposit adalah hasil kerjasama JPN dan KPKT. d bawah Mydeposit, peruntukan sebanyak RM 200 juta telah diagihkan bagi tujuan sembagai sumbangan deposit bagi menggalakan pemilikan rumah rakyat Malaysia.

Skim ini menawarkan bantuan deposit antara Rm 3,000 ke RM 30,000 ataupun 10% dari harga jualan. Bantuan yang terendah akan diambil kira. Pembelian rumah adalah tidak terhad kepada rumah swasta baru atau yang lama selagi permohon adalah pembeli rumah pertama bagi satu isi rumah.

Pembelian Rumah Pertama

Bantuan MyDeposit hanyalah diberikan kepada mereka yang membeli rumah pertama. Diantara pembelian yang layak adalah

  • Pembelian rumah “Subsale”
  • Rumah mestilah beharga RM 500,000 ke bawah
  • Pembelian project perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi dari pihak Kerajaan (PPR, RMR )
  • Rumah yang dibeli mempunyai 10 tahun sekatan dari dijual jika mendapat bantuan MyDeposit

Bayaran deposit akan diberikan terus kepada akaun Pemaju, Peguam Jual Beli ataupu Penjual Rumah.

Syarat Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat syarat dan kelayakan permohonan.

  • Permohon mestilah Rakyat Malaysia
  • Permohon mestilah berumur 21 tahun ke atas (tiada usia maksima)
  • Permohonan ini hanyalah untuk pembelian rumah pertama , untuk seisi rumah
  • Pendapatan kasar isi rumah permohon mestilah kurang dari RM 10,000 sebulan. Ini termasuk komisyen, elaun, bonus dan lain lain)
  • Permohon diberi tempoh 30 hari untuk membuat perjanjian jual beli rumah dari tari kelulusan
  • Permohon mestilah layak untuk membuat pinjaman perumahan dari mana mana institusi kewangan di Malaysia.

Permohonan Mydeposit akan dibuka pada 6 April 2016 hingga 30 Jun 2016. Mereka yang berminat untuk memohon harus memohon secepat mungkin.

Pendaftaran MyDeposit , Borang Online

Pendaftaran Mydeposit boleh dibuat secara online di laman sesawang Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula pada 6 April 2016.

Soalan Lazim untuk MyDeposit

1)Siapakah yang layak untuk memohon skim MyDeposit

MyDeposit terbuka kepada seluruh warga Malaysia yang berumur 21 ke atas semasa permohonan. Pendapatan isi rumah mestilah dari RM 3,000 hingga ke RM 10,000. Permohon juga perlulah mengenalpasti rumah yang hendak dibeli sebelum membuat permohonan. Permohon yang berstatus bujang juga layak untuk memohon MyDeposit.

2) Bagaimana cara untuk mendaftar untuk MyDeposit ?

Pendaftaran hanya boleh dibuat online. Tiada borang offline untuk pendaftaran MyDeposit

3) Bagaimana bayaran MyDeposit dibuat ?

Bayaran MyDeposit akan dibayar terus ke akaun peguam ataupun akaun penjual rumah

4) Adakah laporan CCRIS wajib dikemukakan ?

Pendaftar tidak wajib untuk megemukakan CCRIS ketika permohonan. Tetapi, CCRIS adalah digalakan. Pendaftar boleh membuat laporan CCRIS mereka di mana mana cawangan Bank Negara

5) Saya sudah membayar deposit , adakah saya layak untuk mendapat MyDeposit?

Tidak, pemberian MyDeposit hanya tertakluk kepada tempoh skim ini. Mereka yang telah menanda tangani surat perjanjian jual beli juga tidak layak untuk mendapat bantuan dari MyDeposit

6) Perlukah saya membayar balik MyDeposit ?

Tidak, mereka yang lulus tidak perlu membayar balik wang yang diterima oleh skim MyDeposit. Tetapi mereka yang telah mendapat bantuan MyDeposit tidak boleh menjual rumah yang debeli dalam masa 10 tahun.

7) Berapa lama pendaftaran skim MyDeposit akan diproses?

Permohonan akan mendapat jawapan dalam masa dua bulan.

8) Jika pansangan suami/isteri telah mempunyai rumah, adakah mereka layak untuk mendapat skim MyDeposit

Tidak, mereka tidak layak jika suami atau isteri telah memiliki apa apa rumah

9) Perlukah permohon membeli apa apa rumah dari pemaju penal kerajaan?

Tidak, permohon bebas untuk mencari rumah mereka. Skim perumahan kerajaan seperti PR1MA, RMR, PPR dan lain lain tidak layak untuk mendapat bantuan MyDeposit.

Source

Tagged

Related Posts

Contact with us

300 x 600 Adsense

Home Page Right Sidebar Below Sponsors Ads Link

Custom Search